Tutup

Peniaga sayur maut langgar kereta parkir tepi jalan

Dek kerana kereta yang diletakkan tepi jalan, seorang lelaki warga emas maut selepas melanggar belakang kenderaan itu, dalam kejadian di Lebuhraya Changlun - Kuala Perlis berhampiran Ulu Pauh, Arau. Dalam kejadian kira-kira 8.20 malam Sabtu, Zainol Abdullah, 72 tahun yang beralamat di Kampung Baru, Ulu Pauh, meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala.