Penjawat awam di Melaka terima bantuan khas raya RM1,000

Kerajaan Negeri Melaka mengumumkan bantuan khas kewangan Aidilfitri rm1,000 kepada kira-kira 5,300 penjawat awam negeri itu. Ketua Menterinya, Adly Zahari berkata, keputusan itu diputuskan pada mesyuarat Kerajaan Negeri di Seri Negeri Ayer Keroh pada Rabu.