Tutup

Penjawat awam harus setia pada kerajaan hari ini

Kerajaan Pakatan Harapan akui memang terdapat sedikit jurang kepercayaan antara barisan kabinet dan anggota kerajaan, namun ia mengambil masa sedikit sebelum jurang itu dapat dirapatkan, kata menteri dalam negeri merangkap Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin. Bagaimanapun, beliau, yang pernah menjadi Timbalan Perdana Menteri di zaman Barisan Nasional itu berkata, anggota kerajaan harus mengambil maklum polisi setia kepada kerajaan.