Penjelasan munasabah tentang impak GST di Dewan Rakyat nanti

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan memberi penjelasan yang munasabah mengenai kesan pelaksanaan harga barangan selepas cukai barangan dan perkhidmatan (GST) diletakkan pada kadar sifar pada sesi Dewan Rakyat. Menterinya Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, pihaknya berterima kasih dengan keprihatinan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang menyuarakan kesengsaraan yang dihadapi rakyat berhubung isu kos sara hidup.