Tutup

Penjenayah seksual patut jadikan iktibar

Hukuman penjara 48 tahun dan sebatan 24 kali yang dijatuhkan terhadap seorang bapa atas 623 tuduhan merogol, meliwat dan melakukan seksual fizikal terhadap anak kandungnya patut dijadikan iktibar kepada penjenayah seks kanak-kanak yang merasakan diri mereka 'bebas'. Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim, berkata hukuman itu diharap dapat menghidar mereka yang terbabit daripada melakukan perbuatan terkutuk itu.