Penjualan Sijil Cuti Palsu: Biar Kementerian Kesihatan siasat

Kementerian Sumber Manusia menyerahkan tanggungjawab sepenuhnya kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi menjalankan siasatan berhubung penjualan sijil cuti palsu susulan penahanan enam individu termasuk dua penjawat awam yang disyaki terlibat dalam kegiatan tersebut.