Penoreh getah direman tikam dua warga emas

Seorang lelaki yang dipercayai membunuh secara rambang dua warga emas dalam kejadian amukan di dua lokasi berasingan di Buloh Kasap lewat petang Jumaat, direman tujuh hari oleh Mahkamah Majistret Segamat hari ini. Perintah reman sehingga Jumaat depan terhadap suspek berusia 33 tahun itu dikeluarkan majistret Salina Omar bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.