Tutup

Penstrukturan konsesi dapat jimat 50 peratus kadar tol

Penstrukturan semula atau penggabungan semua konsesi dapat menurunkan sehingga 50 peratus kadar tol di negara ini. Pandangan disuarakan, Pensyarah Putra Business School, Prof. Madya Dr. Abu Sofian Yaacob. Katanya, baki bayaran tol yang perlu dibayar kelak hanya untuk menampung kos penyelenggaraan lebuh raya berkenaan.