Pentaksiran baru bantu guru lahirkan pelajar cemerlang

Mekanisme pentaksiran bukan berasaskan peperiksaan yang bermula pada sesi persekolahan 2019 dapat membantu guru lebih fokus dalam membentuk lebih ramai pelajar cemerlang. Pada masa sama jelas Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik ibu bapa perlu memainkan peranan menggalakkan anak mereka untuk lebih minat membaca dan sentiasa meneroka ilmu baharu.