Pentingnya pengukuhan institusi anti rasuah

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) boleh diperkasakan lagi dengan memperkukuhkannya terutama dari segi pembangunan dan keboleh percayaan rakyat kepada kerajaan. Ketua Pegawai Eksekutif Institut Hal Ehwal Demokrasi dan Ekonomi (IDEAS) Wan Saiful Wan Jan, berkata SPRM perlu diletakkan di taraf lebih tinggi dan tersendiri bagi mengelak berlaku konflik kepentingan.