Penubuhan MTE bukan kerana PM kecewa dengan prestasi menteri

Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menyangkal dakwaan bahawa penubuhan Majlis Tindakan Ekonomi (MTE) disebabkan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad tidak berpuas hati dengan prestasi Menteri-Menteri Kabinet. Katanya, penubuhan majlis itu diperlukan untuk memberi input yang berguna kepada kerajaan.