Penubuhan Pusat Keamanan Sejagat dan Anti Keganasan

Perak bakal menerajui penubuhan Pusat Keamanan Sejagat dan Anti Keganasan dengan mengemukakan usul itu dalam Persidangan Pemikiran dan Tamadun Islam Dunia (WCIT) edisi keempat bermula hari ini sehingga Selasa. Menteri Besar, Datuk Seri Zambry Abd Kadir, berkata cadangan itu akan dibawa sebagai resolusi utama dalam persidangan berkenaan dengan matlamat utama membincangkan hasil dapatan daripada semua pihak.