Tutup

Penularan kes demam campak: Tiga daerah Sabah diberi vaksin percuma

Kementerian Kesihatan menerima kelulusan pengecualian fi bagi tiga buah daerah di Sabah untuk menjalankan Aktiviti Imunisasi Tambahan (SIA) secara berperingkat. Menterinya, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata tiga daerah itu membabitkan Kota Kinabalu, Tawau dan Semporna, selepas statistik menunjukkan berlakunya penularan kes demam campak di beberapa kawasan di daerah berkenaan.