Tutup

Penunggang motosikal maut dalam kemalangan tiga kenderaan

Seorang penunggang motosikal maut manakala dua lagi cedera parah dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di persimpangan empat lampu isyarat Setia Triangle Bayan Lepas, Pulau Pinang petang Khamis. Kemalangan dipercayai berlaku selepas sebuah bas yang datang dari arah Persiaran Kelicap hilang kawalan ketika melalui simpang berkenaan sebelum merempuh motosikal dan sebuah kereta.