Tutup

Penunggang motosikal maut dihempap pokok

Seorang penunggang motosikal maut dihempap pokok akibat hujan lebat dan angin kencang di Kedah pagi tadi. Mangsa, Abdul Halim Mat Isa, 47 tahun, sedang dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Jitra dari arah Kodiang ketika kejadian berlaku sekitar pukul 11.30 pagi.