Tutup

Penunggang motosikal maut, dirempuh ketika keluar simpang

Seorang penunggang motosikal maut apabila motosikalnya dirempuh sebuah motosikal lain ketika keluar simpang di kilometer 3, Jalan Kampar - Tronoh Mines pada Isnin pagi. Dalam kejadian kira-kira 10.15 pagi itu, mangsa, Mohamad Shafarin Normiah, 32, yang beralamat di Kampung Sri Malim, Malim Nawar, meninggal dunia di tempat kejadian.