Penurunan harga barang rendah

Penurunan harga barangan yang rendah menjadi punca rakyat masih belum merasai sepenuhnya pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan, GST pada kadar sifar sejak 1 Jun lalu. Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Saifuddin Nasution berkata, harga barangan dilihat kekal kerana penurunan harga hanya bermula dari 0.04 hingga 13 peratus.