Penutupan sebahagian Jalan Raja untuk laluan sehala sepanjang Ramadan

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bakal menutup sebahagian Jalan Raja dan dijadikan laluan sehala buat semua jenis kenderaan, mengikut jadual sepanjang bulan Ramadan ini. Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan, berkata penutupan itu membolehkan kenderaan guna laluan sehala, dari Jalan Sultan Hishamuddin hingga ke Simpang Jalan Tun Perak hingga ke Simpang Lebuh Pasar Besar dari 12.01 tengah malam hingga 1 tengah hari.