Penyakit "rusa zombi" tidak merebak di Malaysia, masih terkawal

Dalam perkembangan lain, Salahuddin turut memberitahu, pihaknya mengambil maklum penyakit "rusa zombi" yang dikhuatiri boleh berjangkit kepada manusia. Bagaimanapun, berdasarkan kepada laporan Jabatan Veterinar,penyakit tersebut masih terkawal. Beliau ditanya mengenai amaran Pakar Kesihatan Amerika Syarikat mengenai penyakit berjangkit yang boleh membawa maut itu dan kini merebak di negara berkenaan.