Tutup

Penyelarasan gaji dan dana usahawan perlu ada dalam Belanjawan

Penyelarasan gaji, bantuan dana untuk usahawan kecil dan meningkatkan kecekapan sistem pengangkutan awam antara isu di Pulau Pinang dan diharap terkandung dalam Belanjawan 2020. Pada masa sama, orang ramai yang ditemui menaruh harapan agar kerajaan mengambil kira kenaikan kos sara hidup ketika ini dengan mengambil tindakan tertentu bagi meringankan beban mereka.