Video  | 

Penyelesaian isu sosial di peringkat usia muda

Memastikan pelbagai lapisan rakyat Malaysia mendapat pendidikan sempurna bukan tanggungjawab kerajaan semata-mata. Ia wajar dipikul bersama semua pihak ke arah mencapai matlamat tiada generasi pelapis tercicir seiring pembaharuan sistem pendidikan negara. Wartawan Syah Hairizal mendalami usaha murni Biro Komuniti sejak Januari lalu dalam menjayakan agenda melahirkan modal insan bijaksana.