Tutup

Penyelia kedai emas maut ditembak

Seorang penyelia di sebuah kedai emas maut selepas ditembak dalam satu rompakan bersenjata di sebuah pasar raya di Seri Kembangan malam tadi. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 7.13 petang itu, kedai emas berkenaan dimasuki oleh tiga lelaki bertopi keledar yang memakai vest pantul cahaya.