Tutup

Penyelia keselamatan ditembak ketika mengutip wang

Seorang penyelia keselamatan maut dipercayai ditembak salah seorang daripada dua suspek lelaki di Kampung Segambut Bahagia Tambahan, Segambut, pada Selasa malam. Dalam kejadian jam 9.30 malam itu, mangsa, berusia 25 tahun ditembak ketika sedang mengutip wang dari suspek di kampung berkenaan.