Tutup

Penyeludup berang serang pos kawalan PGA Padang Besar

Gara-gara aktiviti penyeludupan mereka mula menghadapi kesukaran selepas beberapa siri operasi yang dilancarkan Pasukan Gerakan Am, sekumpulan penyeludup bertindak ganas dengan menjadikan Pos PB 19 di Padang Besar,Perlis sebagai sasaran. Ia dipercayai disebabkan rasa marah dan tidak puas hati terhadap tindakan pasukan keselamatan itu meningkatkan operasi mereka kebelakangan ini.