Tutup

Penyertaan PROTEGE capai sasaran, diperluaskan lagi tahun 2020

Seramai 25 ribu penuntut dan lepasan Institusi Pengajian Tinggi sudah berdaftar dengan Program Profesional Training and Education for Growing Entrepreneurs atau PROTEGE, sejak Program Reach Out and Awareness dilancarkan, lebih sebulan lalu. Ia disifatkan pencapaian yang baik, apatah lagi sasaran awal penyertaan hanya 15,000 peserta. Ketua Sekretariat PROTEGE, Norashikin Ismail berkata, PROTEGE melihat bidang keusahawanan sebagai kelebihan kepada graduan yang mencari peluang pekerjaan.