Tutup

Penyokong kecewa sistem jualan tiket carca marba

Stadium canggih tapi sistem lapuk. Begitulah luah kecewa penyokong Harimau Malaya yang gagal mendapatkan tiket aksi final Piala AFF Suzuki 2018 antara Malaysia dengan Vietnam. Mana tidaknya, ada yang bermalam di hadapan kaunter tiket namun tetap gagal dek sistem penjualan yang tidak tersusun.