Tutup

Perairan Dungun destinasi baharu pelancongan

Tourism Malaysia akan menjadikan perairan Dungun, Terengganu sebagai destinasi baru pelancongan kaki pancing untuk melakukan aktiviti di daerah tersebut. Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Domestik dan Acara Tourism Malaysia, Mohd Nasir Khusairi berkata daerah itu berpotensi menjadi kawasan tumpuan pemancing dari dalam dan luar negeri berikutan mempunyai pelbagai jenis spesis ikan bermutu tinggi terutamanya dari spesis ikan tenggiri.