Tutup

Perak lantik tujuh ketua kampung dari kaum India

Perak mencatat sejarah apabila tujuh ketua kampung di kalangan masyarakat India dilantik untuk melancarkan pentadbiran negeri di peringkat akar umbi. Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, ia pendekatan inklusif kerajaan negeri yang membuktikan tiada amalan meminggirkan mana-mana kaum dan kawasan.