Tutup

Perak mula rundingan jual air kepada Selangor, Pulau Pinang

Kerajaan Perak sudah memulakan perbincangan tidak rasmi dengan Selangor dan Pulau Pinang berhubung cadangan menjual air kepada kedua-dua negeri jiran itu. Menteri Besar Ahmad Faizal Azumu berkata jika rundingan terbabit berjaya, Perak berhasrat menjual air terawat dan bukannya air mentah kepada kedua dua negeri berkenaan.