Tutup

Peranan tertuduh adalah untuk timbulkan keraguan dalam kes pendakwaan

Untuk memahami proses pendakwaan seterusnya terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak membabitkan dana RM42 juta milik SRC, Astro AWANI mendapatkan bekas Timbalan Pendakwa Raya Arik Zakri Abdul Kadir. Katanya perkara yang utama buat tertuduh ketika proses ini adalah untuk menimbulkan keraguan munasabah dalam kes pendakwaan.