Perancangan awal penting untuk pembangunan mampan

Dengan kadar migrasi urban yang semakin meningkat akibat pembangunan, negara membangun seperti malaysia perlu membuat perancangan bagi memastikan masalah peningkatan populasi dapat diatasi di peringkat awal. Ketua Eksekutif Program Penempatan Manusia Bangsa Bersatu, UN Habitat, Dr Joan Clos, berkata peratusan populasi urban kini pada tahap 50 peratus dan akan terus meningkat 20 tahun akan datang.