Perang dagangan China-AS: Kesan kepada pengguna

Masih sukar untuk tentukan kesan perang dagangan China Amerika Syarikat kepada Malaysia untuk jangka panjang. Menurut Pensyarah Kanan Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, UPM Dr. Yusof Saari, kesan ini bergantung kepada tindakan susulan China dan Amerika Syarikat kepada perang tarif ketika ini.