Perang dilancarkan terhadap pemburu harimau malaya

Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Dr. Xavier Jayakumar mengumumkan kerajaan melancarkan perang terhadap pemburu harimau malaya. Tegasnya, golongan itu tidak lagi boleh ditangani sambil lewa dan perlu dibanteras habis-habisan dalam usaha memastikan haiwan yang menjadi lambang negara itu tidak terus diancam kepupusan.