Perang perdagangan mampu menjejaskan Malaysia - Tun M

Ketegangan perdagangan antara kuasa besar yang semakin ketara dibimbangi menjejaskan negara-negara perdagangan yang lebih kecil termasuk di rantau Asia Tenggara. Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata jika pasaran perdagangan dunia tidak stabil, Malaysia sebagai sebuah negara perdagangan akan menderita.