Tutup

Perangkap buaya 'Mamat' mula dipasang

Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Terengganu mula memasang perangkap bagi menangkap sang bedal yang mesra dipanggil Mamat oleh penduduk kampung. Pengarahnya Dr Abdul Malek Mohd Yusof berkata, langkah ini bagi mengelakkan insiden yang tidak diingini berlaku termasuk risiko kehilangan nyawa.