Peratusan keluar mengundi kecil tidak bimbangkan SPR

Angka 12 peratus pengundi yang keluar menunaikan tanggungjawab dalam proses Sandakan memilih dalam tempoh hampir dua jam bukan satu petanda buruk. Sebaliknya, Suruhanjaya Pilihan Raya, SPR melihat ia sesuatu yang positif lebih-lebih lagi proses demokrasi itu berjalan di bulan Ramadan. Suruhanjaya itu juga percaya aliran pengundi berdaftar keluar mengundi akan berubah menjelang tengah hari dan petang sebelum pusat pengundian bagi Pilihan Raya Kecil, PRK Parlimen 186 Sandakan ditutup nanti.