Peratusan keluar mengundi turun, mana silapnya?

Mana perginya 45 peratus pengundi yang lain? Meskipun DAP menang besar dengan majoriti undi 11 ribu 521, namun peratusan keluar mengundi yang rendah perlu diberi perhatian. Penganalisis Politik Universiti Malaysia Sabah, UMS, Dr Zaini Othman berpendapat, kelompok yang tidak keluar mengundi itu mungkin ragu-ragu dengan pilihan mereka.