Perbalahan Tun M, TMJ tidak baik untuk ekonomi - Anwar

Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertahankan kedudukan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam isu membabitkan pihak istana Johor. Presiden PKR itu berkata, walaupun pihak istana bebas untuk menyuarakan pandangan namun ia menjadi tanggungjawab kerajaan untuk menasihati mereka supaya menghormati mandat yang diberikan rakyat.