Tutup

Perbicaraan kes jual sijil lahir, Mykad bermula 6 April tahun depan

Mahkamah Tinggi Pulau Pinang menetapkan tarikh perbicaraan kes sindiket pengeluaran dan penjualan sijil kelahiran serta kad pengenalan secara tidak sah kepada warga asing pada 6 April 2020. Ia membabitkan seorang penolong pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Pulau Pinang dan lima individu lain yang berdepan 13 pertuduhan.