Perdana Menteri mohon maaf

Tun Dr Mahathir Mohamad memohon maaf sekiranya sepanjang pemerintahan Pakatan Harapan terdapat perkara yang tidak membawa kesenangan kepada seluruh rakyat Malaysia. Bagaimanapun, Perdana Menteri berdoa keamanan yang dinikmati negara selama ini seperti mana ditunjukkan rakyat berbilang kaum di rumah terbukanya dan anggota Kabinet di Seri Perdana hari ini dapat diteruskan pada masa akan datang.