Perdana Menteri ucap selamat menyambut Hari Wesak

Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengucapkan selamat menyambut Hari Wesak kepada penganut Budha di negara ini. Perdana Menteri berkata, Hari Wesak mengingatkan rakyat Malaysia bahawa mereka bertuah dapat hidup dalam keadaan aman dan damai selama ini.