Tutup

Perhilitan mungkin dakwa remaja tembak monyet

Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) diminta melihat kemungkinan mengenakan tuduhan terhadap seorang remaja yang menembak mati seekor monyet dalam sangkar di Lambor Kira, Bota, Perak, pada 18 Mei lalu. Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Dr Xavier Jayakumar berkata, beliau telah meminta jabatan itu melihat perundangan sedia ada untuk membolehkan tindakan diambil terhadap remaja 19 tahun itu.