Tutup

Perhilitan Terengganu pergiat usaha mengesan pak belang

Usaha mengesan seekor lagi harimau belang yang didakwa berkeliaran di kawasan Kampung Besol di Bandar Bukit Dusun, Dungun diteruskan. Pengarah Perhilitan Terengganu, Dr Abdul Malek Mohd Yusof ketika dihubungi memberitahu, pihaknya akan meneruskan pemantauan tiga hari berturut-turut selama 24 jam bermula Sabtu.