Perhilitan yakin hanya seekor harimau sesat di Kampung Besol

Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) percaya hanya seekor harimau belang yang sesat berkeliaran di Kampung Besol, Dungun. Ketua Pengarahnya, Datuk Abdul Kadir Abu Hashim berkata bagaimanapun pemantauan dan siasatan masih giat dijalankan.