Perhimpunan ICERD: Enam jalan utama ditutup

Polis akan pantau perhimpunan kesyukuran terhadap penolakan ratifikasi ICERD yang akan diadakan di sepanjang Jalan Raja di ibu negara, Sabtu ini. Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, ini akan melibatkan penutupan jalan dan lencongan jalan di enam lokasi, iaitu Jalan Raja Laut, Jalan Sultan Hishamuddin, Leboh Pasar, Jalan Tun Perak, Jalan Tunku Abdul Rahman, Bulatan Dato Onn, bermula 6 pagi.