Perhimpunan Solidariti Kedamaian: Deklarasi Kedamaian Kuala Lumpur 2019

Deklarasi Kedamaian Kuala Lumpur 2019 diangkat di pentas Perhimpunan Solidariti Kedamaian sebagai komitmen negara menentang keganasan dan menolak kebencian agama. Menerusi deklarasi yang dibacakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa, lima desakan dan kemahuan digariskan negara.