Perincian jumlah kutipan caj kesesakan dibentang dalam Kabinet

Jumlah kutipan daripada caj kesesakan yang akan diperkenalkan bermula 1 Januari 2020 bagi menggantikan bayaran tol adalah mencukupi bagi pembayaran bon RM6.2 bilion susulan pengambilalihan empat konsesi lebuhraya. Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata perincian jumlah kutipan itu akan diumumkan apabila pengiraan telah muktamad. "Selepas ini sekiranya diterima oleh semua pemegang saham syarikat konsesi, ia harus dibentangkan kepada Kabinet untuk kelulusan yang terakhir," katanya.