Perincikan kelebihan MA63 untuk Sabah dan Sarawak - Dr Shamrahayu

Kerajaan perlu memperincikan kelebihan faedah di dua Negeri Borneo selepas pindaan perkara 1 (2) Perlembagaan Persekutuan untuk menjadikan Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia sebagai rakan kongsi direalisasikan. Pakar Perlembagaan Prof Madya Dr Shamrahayu Abd Aziz berkata, perbincangan lanjut perlu dilakukan segera untuk menyelesaikan sebarang permasalahan yang timbul daripada rakyat mengenai isu berkenaan.