Perjanjian SOP 1Azam elak salah guna kemudahan

Satu perjanjian mengenai Prosedur Operasi Standard (SOP) pemberian bantuan 1Azam kepada peserta terpilih akan dilaksanakan di seluruh negara mulai tahun depan. Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Azizah Mohd Dun berkata perjanjian itu dibuat bagi mencegah berlakunya kes penjualan kemudahan yang disumbangkan kepada peserta terlibat.