Tutup

Perkahwinan Putera Harry dan Meghan: Era baru untuk keluarga diraja UK

Putera Harry dan buah hatinya, aktres Amerika Syarikat, Meghan Markle akhirnya mengikat tali percintaan mereka dengan perkahwinan di Gereja St George yang terletak di Istana Windsor, di sini sekitar jam 7.30 malam (waktu Malaysia) hari ini. Pewaris takhta British, Putera Charles mengiringi Markle selepas bapa Meghan terpaksa menarik diri atas masalah kesihatan. Manakala, Putera Harry pula diapit oleh abangnya, Putera William.